Program Duta Guru

Program Duta Guru (PDG) merupakan sebuah inisiatif bersama antara Yayasan PETRONAS dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, dengan tujuan untuk memperkasakan seramai 4500 orang guru teladan yang kompetensi tinggi dan komited untuk meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) melalui pendidikan STEM sebagai asas sebuah negara yang berdaya saing menjelang tahun 2030. 

PDG diaspirasikan bagi membangunkan sistem sedia ada dengan meningkatkan keupayaan guru-guru sekolah awam di Malaysia dalam meningkatkan minat dan kecekapan murid dalam mata pelajaran STEM serta Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), khususnya untuk para murid dalam golongan kurang berkemampuan.

Simposium Kebangsaan PDG

Simposium Kebangsaan PDG merupakan acara tahunan bersemuka bagi peserta PDG untuk berkumpul, berhubung serta berkongsi pengetahuan dan amalan terbaik dalam pendidikan STEM menerusi pelbagai sesi: Ucaptama, Pentas Pendidikan, Pustaka Manusia, bengkel, pembentangan, jaringan bersama Komuniti Program Duta Guru. Simposium Kebangsaan PDG juga bertujuan untuk pertukaran ilmu, menggalakkan perbincangan intelektual dan menyediakan platform pembelajaran dalam bidang STEM dan rangkaian dalam komuniti guru PDG seluruh Malaysia.

Simposium Kebangsaan PDG berteraskan kemampuan usahasama bersepadu dalam pendidikan bagi mencapai impak masa depan yang mampan. Kami ingin membina pendirian kolektif terhadap usaha ke arah pendidikan STEM bersepadu, yang mana kami percaya bahawa usaha tersebut berpotensi menuju ke arah membentuk penyelesai masalah yang bersedia untuk menghadapi cabaran masa hadapan. 

Peserta Kohort 5, mereka bakal menerima penganugerahan Duta Guru di akhir sesi Simposium Kebangsaan sebagai simbolik permulaan perjalanan mereka sebagai pemangkin pendidikan STEM di sekolah dan daerah masing-masing setelah selesai menjalani sesi latihan selama dua (2) tahun dalam PDG.

Simposium Kebangsaan PDG 2025 dan Majlis Penganugerahan Duta Guru akan dianjurkan di Putrajaya International Convention Centre dengan jangkaan pelibatan seramai 1,250 orang

Tarikh 28 Oktober 2025 – 29 Oktober 2025
Lokasi Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya
Tema
Membangun Karakter Mapan Penyelesai Masalah:Ke Arah Kesihatan Planet dan Inovasi yang Mampu
Building Resilient Problem Solvers: Towards Planetary Health and Sustainable Innovation
Kumpulan Sasaran Jangkaan seramai 1,250 orang:

Peserta PDG
Kohort 5: Anggaran 450 orang
Kohort 6: Anggaran 400 orang
Pihak-pihak lain serta peserta daripada Kohort 6 atau Duta Guru: Anggaran 400 orang
Pihak berkepentingan dari KPM, JPN, PPD, PPDG, Pengetua dan murid-murid
Rakan strategik dari pelbagai sektor dalam bidang STEM dan PETRONAS
Panduan Ringkas Agenda
Hari Pertama – 28 Oktober
PDG Simposium Kebangsaan 2025
Hari Kedua – 29 Oktober
PDG Simposium Kebangsaan 2025

Strucktur Siri

Simposium Kebangsaan PDG  

Siri Fahami (Understand)

Peranan STEM bersepadu dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran STEM yang menyokong agenda kemampanan negara

Dua sesi utama:

  1. Sesi Ucaptama
  2. Pustaka Manusia

Siri Alami (Experience)

Mendapat inspirasi aplikasi STEM bersepadu dalam bilik darjah daripada  komuniti PDG dan melalui pengalaman mencipta masa depan yang mampan melalui STEM bersepadu

Dua sesi utama:

  1. Pameran dan Reruai Showcase
  2. Bengkel/Hackathon oleh Komuniti Program Duta Guru dan Pakar Industri STEM

Siri Bina Komuniti (Build Community)

Memupuk ekosistem yang saling mendukung dalam membudayakan pembelajaran STEM bersepadu, demi sebuah negara yang mampan

Dua sesi utama:

  1. Ruang Jaringan dan Refleksi @ Ruang Temu
  2. Penutup Simposium Kebangsaan

Tema dan Sub-Tema PDG Simposium Kebangsaan 2025

Sub-tema

Kelestarian Alam Sekitar

Teknologi, AI dan Inovasi

Kesihatan mental dan kesejahteraan diri

Kemahiran berfikir aras tinggi murid

Kesalinghubungan antara alam sekitar dan agenda kelestarian

Alat Teknologi
Ekuiti dan inklusiviti

Kesihatan mental dan daya tahan

Student Agency dan suara murid, KBAT

Kelestarian Alam Sekitar

Kesalinghubungan antara alam sekitar dan agenda kelestarian

Teknologi, AI dan Inovasi

Alat Teknologi
Ekuiti dan inklusiviti

Kesihatan mental dan kesejahteraan diri

Kesihatan mental dan daya tahan

Kemahiran berfikir aras tinggi murid

Student Agency dan suara murid, KBAT

Pengalaman pembelajaran dan hasil peserta

  • Bengkel Hands-on, praktikal dan berasaskan dunia sebenar
  • Amalan kelestarian yang boleh dilakukan dalam bilik darjah/ PBL
  • Ruang dan untuk bina jaringan bagi memulakan usaha kolaboratif
  • Ruang untuk Showcase inovasi yang berimpak tinggi
  • Hubungkait tema dengan murid, kesihatan fizikal dan mental individu
  • Mendapat sokongan dari pihak berkepentingan dan pakar industri

Agenda Keseluruhan

Simposium Kebangsaan PDG 2025  

Hari Pertama (28 Oktober, Selasa)

Masa Aktiviti
8:00 pagi Ketibaan para peserta dan pendaftaran
8:30 pagi Majlis Perasmian Simposium Kebangsaan PDG 2025
10:45 pagi Bengkel, Hackathon & Pustaka Manusia
2:00 petang Showcase (Projek Sekolah & Regional Exhibition)
4:00 petang Bina Jaringan @ Ruang Temu
5:30 petang Tamat hari pertama

Hari Kedua (29 Oktober, Rabu)

Masa Aktiviti
8:00 pagi Ketibaan para peserta dan pendaftaran
8:30 pagi Showcase (Projek Sekolah & Regional Exhibition)
10:45 pagi Bengkel, Hackathon & Pustaka Manusia
2:00 petang Penutup Simposium Kebangsaan 2025
3:00 petang Refleksi @ Ruang Temu
4:30 petang Sesi Induksi Duta Guru
5:30 petang Tamat Simposium Kebangsaan PDG 2025

Tentang Program Duta Guru

Kementerian Pendidikan Malaysia

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan pemilik bersama bagi Program Duta Guru, dan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) mewakili pihak KPM dalam perancangan dan kolaborasi bersama bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program ini. 

Yayasan PETRONAS

Ditubuhkan pada Mac 2019, Yayasan PETRONAS adalah cabang Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PETRONAS. Misi kami adalah untuk memperkayakan kehidupan untuk masa depan yang lestari. Kami berhasrat untuk memberikan kesan yang berterusan, meningkatkan kualiti hidup dan hasil sosio-ekonomi bagi masyarakat di seluruh negara.

Yayasan PETRONAS ialah Pemilik Bersama Program Duta Guru bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Teach For Malaysia

Ditubuhkan pada Disember 2010, Teach For Malaysia adalah sebuah badan bukan kerajaan yang bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk membanteras ketidakadilan dalam pendidikan. 

Teach For Malaysia merupakan Jawatankuasa Pelaksana Program bagi Program Duta Guru.

Petrosains

Petrosains merupakan Jawatankuasa Pelaksana STEM Hub bagi Program Duta Guru.

Tempah slot anda ke Simposium Kebangsaan 2025

Dilaksanakan oleh