SIMPOSIUM KEBANGSAAN
PDG 2026
Simposium Kebangsaan Program Duta Guru (PDG) merupakan acara tahunan bersemuka bagi peserta PDG untuk berkumpul, berhubung serta berkongsi pengetahuan dan amalan terbaik dalam pendidikan STEM menerusi pelbagai sesi: Ucaptama, Pustaka Manusia, Bengkel, Pameran, jaringan bersama Komuniti PDG. Simposium Kebangsaan PDG juga bertujuan untuk pertukaran ilmu, menggalakkan perbincangan intelektual dan menyediakan platform pembelajaran dalam bidang STEM dan rangkaian dalam komuniti guru PDG seluruh Malaysia.
Simposium Kebangsaan PDG berteraskan kemampuan usahasama bersepadu dalam pendidikan bagi mencapai impak masa depan yang mampan. Menerusi acara ini, hadirin mempunyai peluang untuk membina pendirian kolektif terhadap usaha ke arah pendidikan STEM bersepadu, yang mana usaha tersebut berpotensi menuju ke arah membentuk penyelesai masalah yang bersedia untuk menghadapi cabaran masa hadapan.
Peserta PDG Kohort 6 bakal menerima penganugerahan Duta Guru selepas Simposium Kebangsaan PDG 2026 sebagai simbolik permulaan perjalanan mereka sebagai pemangkin pendidikan STEM di sekolah dan daerah masing-masing setelah selesai menjalani sesi latihan selama dua (2) tahun dalam PDG.