Mengenai Program Duta Guru

Program Duta Guru (PDG)

merupakan sebuah inisiatif bersama antara Yayasan PETRONAS dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, dengan tujuan untuk memperkasakan seramai 4500 orang guru teladan yang kompetensi tinggi dan komited untuk meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) melalui pendidikan STEM sebagai asas sebuah negara yang berdaya saing menjelang tahun 2030. 

PDG diaspirasikan bagi membangunkan sistem sedia ada dengan meningkatkan keupayaan guru-guru sekolah awam di Malaysia dalam meningkatkan minat dan kecekapan murid dalam mata pelajaran STEM serta Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), khususnya untuk para murid dalam golongan kurang berkemampuan.

Yayasan PETRONAS merupakan cabang impak sosial PETRONAS yang mempunyai tiga fokus utama iaitu pendidikan, kesejahteraan dan pembangunan komuniti dan alam sekitar. Ketiga-tiga fokus ini berpegang teguh kepada misi dan prinsip masing-masing yang selaras dengan misi organisasi kami iaitu untuk memberi impak yang positif dan berterusan kepada kesejahteraan masyarakat di seluruh negara. Misi kami adalah untuk memperkayakan kehidupan untuk masa depan yang lestari. Kami berhasrat untuk memberikan kesan yang berterusan, meningkatkan kualiti hidup dan hasil sosio-ekonomi bagi masyarakat di seluruh negara.

Yayasan PETRONAS ialah Pemilik Bersama Program Duta Guru bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan pemilik bersama bagi Program Duta Guru, dan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) mewakili pihak KPM dalam perancangan dan kolaborasi bersama bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program ini.

Ditubuhkan pada Disember 2010, Teach For Malaysia adalah sebuah badan bukan kerajaan yang bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk membanteras ketidakadilan dalam pendidikan. 

Teach For Malaysia merupakan Jawatankuasa Pelaksana Program bagi Program Duta Guru.

Petrosains merupakan Jawatankuasa Pelaksana STEM Hub bagi Program Duta Guru.