Program Duta Guru
Program Duta Guru (PDG) merupakan sebuah inisiatif bersama antara Yayasan PETRONAS dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, dengan tujuan untuk memperkasakan seramai 4500 orang guru teladan yang kompetensi tinggi dan komited untuk meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) melalui pendidikan STEM sebagai asas sebuah negara yang berdaya saing menjelang tahun 2030.
PDG diaspirasikan bagi membangunkan sistem sedia ada dengan meningkatkan keupayaan guru-guru sekolah awam di Malaysia dalam meningkatkan minat dan kecekapan murid dalam mata pelajaran STEM serta Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), khususnya untuk para murid dalam golongan kurang berkemampuan.
Simposium Kebangsaan PDG
Simposium Kebangsaan PDG merupakan acara tahunan bersemuka bagi peserta PDG untuk berkumpul, berhubung serta berkongsi pengetahuan dan amalan terbaik dalam pendidikan STEM menerusi pelbagai sesi: Ucaptama, Pentas Pendidikan, Pustaka Manusia, bengkel, pembentangan, jaringan bersama Komuniti Program Duta Guru. Simposium Kebangsaan PDG juga bertujuan untuk pertukaran ilmu, menggalakkan perbincangan intelektual dan menyediakan platform pembelajaran dalam bidang STEM dan rangkaian dalam komuniti guru PDG seluruh Malaysia.
Simposium Kebangsaan PDG berteraskan kemampuan usahasama bersepadu dalam pendidikan bagi mencapai impak masa depan yang mampan. Kami ingin membina pendirian kolektif terhadap usaha ke arah pendidikan STEM bersepadu, yang mana kami percaya bahawa usaha tersebut berpotensi menuju ke arah membentuk penyelesai masalah yang bersedia untuk menghadapi cabaran masa hadapan.
Peserta Kohort 5, mereka bakal menerima penganugerahan Duta Guru di akhir sesi Simposium Kebangsaan sebagai simbolik permulaan perjalanan mereka sebagai pemangkin pendidikan STEM di sekolah dan daerah masing-masing setelah selesai menjalani sesi latihan selama dua (2) tahun dalam PDG.
Simposium Kebangsaan PDG 2025 dan Majlis Penganugerahan Duta Guru akan dianjurkan di Putrajaya International Convention Centre dengan jangkaan pelibatan seramai 1,250 orang
Strucktur Siri
Simposium Kebangsaan PDG
Siri Fahami (Understand)
Peranan STEM bersepadu dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran STEM yang menyokong agenda kemampanan negara
Dua sesi utama:
- Sesi Ucaptama
- Pustaka Manusia
Siri Alami (Experience)
Mendapat inspirasi aplikasi STEM bersepadu dalam bilik darjah daripada komuniti PDG dan melalui pengalaman mencipta masa depan yang mampan melalui STEM bersepadu
Dua sesi utama:
- Pameran dan Reruai Showcase
- Bengkel/Hackathon oleh Komuniti Program Duta Guru dan Pakar Industri STEM
Siri Bina Komuniti (Build Community)
Memupuk ekosistem yang saling mendukung dalam membudayakan pembelajaran STEM bersepadu, demi sebuah negara yang mampan
Dua sesi utama:
- Ruang Jaringan dan Refleksi @ Ruang Temu
- Penutup Simposium Kebangsaan
Tema dan Sub-Tema PDG Simposium Kebangsaan 2025
Sub-tema
Kelestarian Alam Sekitar
Teknologi, AI dan Inovasi
Kesihatan mental dan kesejahteraan diri
Kemahiran berfikir aras tinggi murid
Kesalinghubungan antara alam sekitar dan agenda kelestarian
Alat Teknologi
Ekuiti dan inklusiviti
Kesihatan mental dan daya tahan
Student Agency dan suara murid, KBAT
Kelestarian Alam Sekitar
Kesalinghubungan antara alam sekitar dan agenda kelestarian
Teknologi, AI dan Inovasi
Alat Teknologi
Ekuiti dan inklusiviti
Kesihatan mental dan kesejahteraan diri
Kesihatan mental dan daya tahan
Kemahiran berfikir aras tinggi murid
Student Agency dan suara murid, KBAT
Pengalaman pembelajaran dan hasil peserta
- Bengkel Hands-on, praktikal dan berasaskan dunia sebenar
- Amalan kelestarian yang boleh dilakukan dalam bilik darjah/ PBL
- Ruang dan untuk bina jaringan bagi memulakan usaha kolaboratif
- Ruang untuk Showcase inovasi yang berimpak tinggi
- Hubungkait tema dengan murid, kesihatan fizikal dan mental individu
- Mendapat sokongan dari pihak berkepentingan dan pakar industri
Agenda Keseluruhan
Simposium Kebangsaan PDG 2025
Hari Pertama (28 Oktober, Selasa)
| Masa | Aktiviti |
|---|---|
| 8:00 pagi | Ketibaan para peserta dan pendaftaran |
| 8:30 pagi | Majlis Perasmian Simposium Kebangsaan PDG 2025 |
| 10:45 pagi | Bengkel, Hackathon & Pustaka Manusia |
| 2:00 petang | Showcase (Projek Sekolah & Regional Exhibition) |
| 4:00 petang | Bina Jaringan @ Ruang Temu |
| 5:30 petang | Tamat hari pertama |
Hari Kedua (29 Oktober, Rabu)
| Masa | Aktiviti |
|---|---|
| 8:00 pagi | Ketibaan para peserta dan pendaftaran |
| 8:30 pagi | Showcase (Projek Sekolah & Regional Exhibition) |
| 10:45 pagi | Bengkel, Hackathon & Pustaka Manusia |
| 2:00 petang | Penutup Simposium Kebangsaan 2025 |
| 3:00 petang | Refleksi @ Ruang Temu |
| 4:30 petang | Sesi Induksi Duta Guru |
| 5:30 petang | Tamat Simposium Kebangsaan PDG 2025 |
Tentang Program Duta Guru

Kementerian Pendidikan Malaysia
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan pemilik bersama bagi Program Duta Guru, dan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) mewakili pihak KPM dalam perancangan dan kolaborasi bersama bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program ini.

Yayasan PETRONAS
Ditubuhkan pada Mac 2019, Yayasan PETRONAS adalah cabang Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PETRONAS. Misi kami adalah untuk memperkayakan kehidupan untuk masa depan yang lestari. Kami berhasrat untuk memberikan kesan yang berterusan, meningkatkan kualiti hidup dan hasil sosio-ekonomi bagi masyarakat di seluruh negara.
Yayasan PETRONAS ialah Pemilik Bersama Program Duta Guru bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Teach For Malaysia
Ditubuhkan pada Disember 2010, Teach For Malaysia adalah sebuah badan bukan kerajaan yang bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk membanteras ketidakadilan dalam pendidikan.
Teach For Malaysia merupakan Jawatankuasa Pelaksana Program bagi Program Duta Guru.

Petrosains
Petrosains merupakan Jawatankuasa Pelaksana STEM Hub bagi Program Duta Guru.
Tempah slot anda ke Simposium Kebangsaan 2025
Dilaksanakan oleh
