Hari
:
Jam
:
Minit
:
Saat
Simposium Kebangsaan PDG 2024
Soalan Lazim
Logistik Acara
Adakah lokasi latihan jauh dari tempat penginapan?
TIDAK. Maklumat berkenaan tempat penginapan yang disediakan oleh Rakan Pelaksana Program Duta Guru, serta parkir dan bayaran di tempat penginapan boleh dirujuk di halaman Panduan Acara.
Bayaran tempat letak kenderaan di tempat penginapan boleh dituntut semula sekiranya ditanggung oleh Rakan Pelaksana Program Duta Guru.
Saya telah memberikan maklum balas 'Tidak hadir' pada borang RSVP, bolehkah jika saya ingin mengubah status kepada 'Hadir'?
Pertukaran status maklum balas kehadiran TIDAK BOLEH ditukar selepas borang RSVP telah ditutup bagi mengelakkan pertukaran logistik yang telah ditetapkan.
Sebarang kos yang dikenakan kepada para peserta yang tiba di ruang acara tanpa mengisi borang tersebut adalah di bawah tanggungan sendiri dan tidak boleh dituntut kepada rakan pelaksana.
Apakah etika pemakaian untuk acara Simposium Kebangsaan Program Duta Guru 2025?
Pakaian Kebangsaan (Sopan) dan Business Casual. Pemakaian selipar dan seluar jeans adalah TIDAK DIBENARKAN sepanjang sesi acara berlangsung.
Apakah etika pemakaian untuk Majlis Penganugerahan Duta Guru Kohort 5?
Pakaian Kebangsaan (sopan) dan Business Casual. Pemakaian selipar dan seluar jeans adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali sepanjang sesi acara berlangsung.
Adakah makanan akan disediakan sepanjang Simposium Kebangsaan Program Duta Guru 2025?
Pihak Pelaksana PDG akan menyediakan makanan sepanjang latihan berlangsung bermula dari kudapan pada 28 Oktober sehingga makan tengah hari pada 29 Oktober KECUALI:
i. Makanan tengah hari pada hari pra-acara (27 Oktober)
a) Makan tengah hari TIDAK akan disediakan hari pra-acara kerana mengambil kira perbezaan waktu ketibaan peserta Kohort 5.
Bolehkah saya membawa makanan dan minuman sendiri ke lokasi acara?
Tidak, makanan dan minuman dari luar tidak dibenarkan di dalam lokasi acara.
Adakah saya perlu membawa komputer riba (laptop)?
Bagi memastikan sesi acara berjalan dengan lancar, hadirin digalakkan untuk membawa komputer riba atau tablet bagi memudahkan pelaksanaan aktiviti dan tugasan semasa sesi acara berlangsung.
Adakah terdapat tempat untuk saya meninggalkan bagasi saya?
Pihak pelaksana PDG menyediakan ruang simpanan bagasi untuk menyimpan beg dan barang peribadi sepanjang Simposium Kebangsaan Program Duta Guru 2025. Ruang simpanan bagasi ini terletak berhampiran dengan kaunter pendaftaran.
Logistik Pendaftaran
Pendaftaran ketika sesi acara Simposium Kebangsaan Program Duta Guru 2025
Pendaftaran akan dilakukan setiap hari dari 27 hingga 30 Oktober 2025. Sila bergerak terus ke Kaunter Pendaftaran sebaik sahaja anda tiba di Pusat Kovensyen Antarabangsa Putrajaya sebelum meneruskan ke ruang acara pada hari tersebut.
Bagaimana cara untuk saya mendapatkan akses ke Simposium Kebangsaan Program Duta Guru 2025?
Sila sediakan:
- Kod QR: Anda boleh mencari tiket anda dengan menyemak peti masuk untuk emel dengan subjek “Ini tiket acara anda!” (💡Tip: Kami mengesyorkan memuat turun tiket anda lebih awal untuk memudahkan proses pendaftaran.)
- ID bergambar atau pasport (perlu sepadan dengan nama pada tiket)
- Untuk pas media, ID media yang sah mesti ditunjukkan bagi membolehkan kami memberikan akses.
- Program Duta Guru berhak untuk menolak pas yang tidak sah** yang tidak sepadan dengan nama yang didaftarkan pada tiket dan/atau dalam sistem.
Bagaimana cara untuk saya mendapatkan akses ke Simposium Kebangsaan Program Duta Guru 2024?
Sila sediakan:
- Kod QR: Anda boleh mencari tiket anda dengan menyemak peti masuk untuk emel dengan subjek “Ini tiket acara anda!” (💡Tip: Kami mengesyorkan memuat turun tiket anda lebih awal untuk memudahkan proses pendaftaran.)
- ID bergambar atau pasport (perlu sepadan dengan nama pada tiket)
- Untuk pas media, ID media yang sah mesti ditunjukkan bagi membolehkan kami memberikan akses.
- Program Duta Guru berhak untuk menolak pas yang tidak sah** yang tidak sepadan dengan nama yang didaftarkan pada tiket dan/atau dalam sistem.
Adakah saya perlu memakai tag saya sepanjang berada dalam ruang acara?
Ya, perlu.
Apa yang akan terjadi sekiranya tag saya hilang?
Kami mengesyorkan agar anda menyimpan tag dengan teliti kerana cetakan semula tag adalah tidak dibenarkan.
Adakah terdapat barisan khusus mengikut jenis tiket?
Barisan akan ditetapkan mengikut negeri masing-masing. Untuk tetamu dan media, sila rujuk kepada Kaunter Maklumat kami bagi bantuan lanjut.
Logistik Pengangkutan
Bilakah saya boleh membuat tempahan tiket penerbangan?
Anda boleh membuat tempahan tiket penerbangan dalam tempoh masa dua (2) minggu SELEPAS menerima surat jemputan ke Simposium Kebangsaan Program Duta Guru 2025 atau dimaklumkan oleh Rakan Pelaksana Program Duta Guru.
Hal ini bagi mengelakkan berlakunya kerugian sekiranya berlaku perubahan tarikh atau tempat di saat akhir, serta perubahan harga tiket yang ketara.
Adakah Rakan Pelaksana Program Duta Guru akan menempah tiket penerbangan saya ke acara Simposium Kebangsaan Program Duta Guru 2025?
Tempahan tiket penerbangan TIDAK akan dilakukan oleh Rakan Pelaksana Program Duta Guru bagi memudahkan rancangan perjalanan anda ke lokasi acara.
Anda boleh melakukan tempahan tiket penerbangan sendiri dan membuat tuntutan kewangan selepas sesi acara tamat.
Adakah Pihak Rakan Pelaksana Program Duta Guru akan menyediakan pengangkutan dari lapangan terbang ke lokasi acara dan sebaliknya?
Pihak Rakan Pelaksana Program Duta Guru TIDAK akan menyediakan pengangkutan ke lokasi acara dari lapangan terbang dan sebaliknya.
Namun begitu, hadirin boleh membuat tuntutan semula sekiranya ditanggung oleh Rakan Pelaksana Program Duta Guru selepas sesi acara tamat.
Adakah Pihak Rakan Pelaksana Program Duta Guru akan menyediakan pengangkutan dari tempat penginapan ke lokasi acara?
YA. Pihak Rakan Pelaksana Program Duta Guru menyediakan pengangkutan ke lokasi acara dari tempat penginapan dan sebaliknya. Aturan pengangkutan boleh dirujuk di halaman Panduan Acara.
Adakah Pihak Rakan Pelaksana Program Duta Guru membenarkan hadirin untuk menggunakan kenderaan peribadi dari tempat penginapan ke lokasi acara?
YA. Namun begitu, bayaran tempat letak kenderaan dan jarak tempuh yang dilalui untuk pergi dan balik dari tempat penginapan ke lokasi acara sepanjang Simposium Kebangsaan Program Duta Guru 2024 tidak akan ditanggung.
Pihak Rakan Pelaksana Program Duta Guru amat menggalakkan semua hadirin untuk menggunakan pengangkutan yang telahpun disediakan. Aturan pengangkutan boleh dirujuk di halaman Panduan Acara.
Logistik Penginapan
Saya telah memberikan maklum balas 'Tidak memerlukan penginapan' pada borang RSVP, bolehkah jika saya ingin mengubah status kepada 'Ya'?
Pertukaran status maklum balas TIDAK BOLEH ditukar selepas borang RSVP telah ditutup bagi mengelakkan pertukaran logistik yang telah ditetapkan.
Bolehkah saya membawa keluarga saya bersama dan menetap di dalam bilik yang sama sepanjang Simposium Kebangsaan 2024?
TIDAK. Penginapan hanya akan disediakan oleh Rakan Pelaksana Program Duta Guru kepada para peserta dan jemputan yang menerima surat jemputan rasmi dan yang telah mengisi borang pendaftaran Simposium Kebangsaan 2024.
Adakah Pihak Pelaksana PDG akan menyediakan penginapan tambahan sebelum atau selepas acara bersemuka?
TIADA persediaan penginapan tambahan akan diberikan. Sebarang penginapan tambahan yang dibuat adalah di atas tanggungan sendiri dan tidak boleh dituntut.
Tuntutan Kewangan
Perlukah saya menyimpan resit/invois untuk menuntut kos perjalanan saya bagi menghadiri acara Simposium Kebangsaan Program Duta Guru 2025?
Sekiranya anda layak untuk menuntut kos perjalanan seperti dimaklumkan oleh Rakan Pelaksana Program Duta Guru, anda perlu menyimpan semua resit/invois pengangkutan. Tuntutan kewangan tanpa dokumen sokongan yang sah TIDAK AKAN diproses.
Adakah saya boleh membuat tuntutan perjalanan sekiranya saya memandu ke tempat sesi latihan dijalankan?
Anda juga boleh membuat tuntutan sekiranya memandu, carpool atau menaiki pengangkutan awam seperti e-hailing, teksi, bas, kereta api, feri dan lain-lain. Sila rujuk Panduan Tuntutan Kewangan untuk polisi tuntutan kewangan.
Bagaimana pula jika saya carpool dengan rakan-rakan?
i. Carpool kenderaan peribadi/sewa: HANYA pemilik kenderaan sahaja yang dibenarkan untuk membuat tuntutan.
ii. Carpool kenderaan awam (Grab, Teksi): HANYA SEORANG penumpang sahaja yang dibenarkan bagi membuat tuntutan.
Sila rujuk Panduan Tuntutan Kewangan untuk peratusan tuntutan.
Bolehkah saya membuat tuntutan perjalanan sekiranya saya datang sehari sebelum dan pulang sehari selepas acara bersemuka?
Anda boleh membuat tuntutan perjalanan SEKIRANYA tiba 3 hari sebelum dan pulang 3 hari selepas acara atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan.
Namun begitu, tuntutan hanya boleh dibuat bagi perjalanan ulang alik dari daerah sekolah/PPD/JPN masing-masing menuju ke dan dari lokasi acara. Had tuntutan perjalanan masih kekal sama seperti di dalam Panduan Tuntutan Kewangan.
Nota: Tuntutan penginapan TIDAK boleh dituntut oleh hadirin.
Bolehkah saya membuat tuntutan perjalanan sekiranya saya memilih untuk ‘Tidak memerlukan penginapan’?
Anda boleh membuat tuntutan perjalanan,namun, hanya untuk ke lokasi acara pada hari pertama dan pulang dari lokasi acara pada hari ketiga SAHAJA. Had tuntutan perjalanan masih kekal sama seperti di dalam Panduan Tuntutan Kewangan.
Bolehkah saya menuntut kos penginapan jika saya membawa ahli keluarga?
TIDAK BOLEH. Sekiranya anda membawa ahli keluarga atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, anda perlu menempah bilik berasingan untuk ahli keluarga tersebut dan ia perlu diuruskan atas tanggungan sendiri.
Bolehkah saya tuntut kos penginapan jika saya memilih untuk ‘Tidak memerlukan penginapan’?
TIDAK BOLEH. Untuk pengetahuan anda, Rakan Pelaksana Program Duta Guru telah membuat tempahan bilik hotel di mana dua (2) orang akan berkongsi bilik (tempahan dibuat berdasarkan borang pendaftaran) dan para hadirin perlu menetap di bilik yang disediakan. Sebarang perubahan atau penambahan adalah di atas tanggungan sendiri.
Dilaksanakan oleh
