Mengenai Program Duta Guru
Program Duta Guru (PDG)
merupakan sebuah inisiatif bersama antara Yayasan PETRONAS dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, dengan tujuan untuk memperkasakan seramai 4500 orang guru teladan yang kompetensi tinggi dan komited untuk meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) melalui pendidikan STEM sebagai asas sebuah negara yang berdaya saing menjelang tahun 2030.
PDG diaspirasikan bagi membangunkan sistem sedia ada dengan meningkatkan keupayaan guru-guru sekolah awam di Malaysia dalam meningkatkan minat dan kecekapan murid dalam mata pelajaran STEM serta Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), khususnya untuk para murid dalam golongan kurang berkemampuan.




